Assalamualaikummm....
Sedikit sharing drp Ustaz Don Daniyal
Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui
batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul
menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah
kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka
pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan
menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya
selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh2 sunnah Nabi SAW
itu adalah:
Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang
mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan
menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.
Kedua:
Membaca
Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata
melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan
penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat
3Qul, atau ayat qursi.
Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid
terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke
mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana
panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman
untuk memakmurkan masjid Allah.
Keempat:
Jaga solat dhuha,
kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat
dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.
Kelima:
Jaga
sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan
malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap
hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah
berlipat kali ganda.
Keenam:
Jaga wudhu terus menerus
kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu
Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu
solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua
doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.
Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang
bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu
harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah
ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling
bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga
jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme
dan hedonisme.
Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, sebarkan, semoga ianya memberi manfaat pada semua..
Tidak ada komentar:
Posting Komentar