Assalamualaikum mualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Bagaimana jika tidak terhempas?
RISWANDI RAZAK
SPEKULASI berhubung MH370 sentiasa wujud sejak hari pertama pesawat MAS
itu hilang 8 Mac lalu dan spekulasi atau teori ini akan tetap
dibangkitkan di internet selagi pesawat ini tidak berjaya ditemui.
Sehingga kini, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) masih gagal menemui sebarang objek yang boleh dikaitkan dengan MH370.
Walaupun sebelum ini satelit
telah berjaya mencerap beberapa objek di selatan Lautan Hindi dan
pesawat menjumpai serpihan di lokasi SAR namun ia disahkan bukan milik
MH370.
Terdapat pelbagai spekulasi yang dibangkitkan termasuk
yang mengatakan pesawat itu sudah mendarat secara rahsia di China dan
ada juga yang mendakwa pesawat mendarat di Pakistan ataupun Hong Kong.
Namun, terdapat satu teori yang dilihat mendapat respons yang tinggi
dari masyarakat dunia iaitu teori pesawat mendarat di Diego Garcia,
sebuah pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di Lautan Hindi.
Diego Garcia terletak di selatan Kepulauan Maldives dan merupakan
pangkalan tentera AS yang penting dalam kempen serangan AS terutama
terhadap Iraq dan Afghanistan.
Dakwaan penduduk Maldives kukuh
Spekulasi yang mengaitkan Diego Garcia ini mula dibangkitkan secara
serius apabila apabila penduduk di Maldives mendakwa melihat pesawat
terbang rendah di selatan kepulauan tersebut.
Ada pihak
mendakwa pesawat tersebut merupakan MH370 dan telah mendarat di Diego
Garcia kerana kedudukan kedua-dua pulau yang berdekatan.
Jarak antara Diego Garcia dengan Addu City, yang terletak di selatan Kepulauan Maldives (Pulau Addu) adalah 740km.
Difahamkan, teori ini timbul berdasarkan kiraan secara kasar waktu
MH370 membuat pusingan balik di sempadan Malaysia - Vietnam dan waktu
ketika penduduk Maldives melihat pesawat tersebut.
MH370 berlepas dari KLIA pada 12.41 pagi dan pesawat ini terputus hubungan pada 1.21 pagi.
Jika diambil kira penerbangan dari KLIA ke Maldives iaitu sekitar 4
jam, 24 minit dan waktu penduduk Maldives melihat pesawat iaitu 6.15
pagi, jumlah waktu penebangan ini adalah relevan.
Ini kerana,
waktu penerbangan ini perlu ditambah 40 minit iaitu tempoh MH370
berpatah balik hingga kedudukan pesawat hilang dari radar.
Teori penduduk Maldives ini tidak boleh ditolak begitu sahaja kerana
penduduk di Semenanjung Malaysia terutama di Kelantan, Perak dan
Terengganu juga mendakwa mereka melihat pesawat terbang rendah pada hari
malang buat MH370 itu.
Difahamkan, pesawat tersebut adalah
MH370 berdasarkan radar tentera yang berjaya mengesan pesawat tersebut
membuat pusingan balik menghala ke Selat Melaka.
Spekulasi Diego Garcia terus berada di tempat pertama
Selain itu, teori Diego Garcia ini juga dikaitkan menerusi mimpi
seorang ustaz yang mendakwa MH370 mendarat di sebuah pangkalan tentera
dan penumpang serta kru masih selamat.
Antara teori yang
menarik berhubung Diego Garcia adalah spekulasi bahawa tentera AS telah
mengawal MH370 sebaik sahaja pesawat itu hilang dari radar.
Spekulasi tersebut mengaitkan dakwaan tentang wujud peralatan
ketenteraan yang menjadi rebutan kuasa besar dunia dalam pesawat
tersebut.
Alat tersebut dikatakan berkemampuan untuk
mengmengawal Drone tanpa pemandu yang pernah digunakan ketika AS
berperang di Afghanistan.
Difahamkan, China berusaha untuk
membawa pulang sistem ketenteraan ini menerusi laluan pesawat komersil
yang dianggap lebih selamat.
Namun, AS berjaya memintas pesawat
ini dan membawa MH370 keluar dari radar Malaysia menuju ke Lautan Hindi
bagi mengelak di kesan radar mana-mana negara dan kemudiannya dibawa ke
Diego Garcia untuk disimpan di sana.
Nasib penumpang tidak
diketahui tetapi pesawat MH370 itu dikatakan diterbangkan semula untuk
terhempas Lautan Hindi menggunakan sistem kawalan jarak jauh.
Apa yang paling menarik dalam spekulasi ini adalah landasan lapangan
terbang Diego Garcia adalh antara lima penemuan pasukan penyiasat dalam
program simulator milik Kapten Zaharie Ahmad Shah yang diambil dari
rumahnya di Shah Alam.
Selain Diego Garcia, antara perisian
landasan yang diperiksa setakat ini ialah Lapangan Terbang Antarabangsa
Male di Maldives serta tiga lagi landasan di India dan Sri Lanka, yang
semuanya mempunyai jarak landasan lebih 1,500 meter.
Namun,
pihak penyiasat sehingga kini masih menafikan dakwaan MH370 mendarat di
Diego Garcia dan pasukan penyiasat berpegang kepada maklumat bahawa
MH370 berakhir di Selatan Lautan Hindi.
Berakhir, bukannya terhempas di Lautan Hindi
Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan
bahawa pesawat MH370 berakhir di Lautan Hindi berdasarkan kepada
siasatan syarikat satelit Inmarsat dan Air Accident Investigation Branch
(AAIB) di Britain.
Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri
Hishammuddin Tun Hussein dalam temubual bersama media tempatan
memberitahu berhubung persoalan mengenai Diego Garcia, beliau sendiri
akan bertanya kepada AS dalam Forum Pertahanan Amerika Syarikat-Asean
yang bermula kelmarin.
Spekulasi sentiasa wujud, selagi operasi
SAR di selatan Laut Hindi tidak berjaya menjumpai sebarang objek yang
boleh dikaitkan dengan MH370.
Sehingga kini operasi SAR yang
diketuai Australia masih gagal menemui petunjuk yang jelas di mana
pesawat ini berada dan mereka kini sedang berusaha untuk mengesan
perakam kotak hitam milik MH370 sebelum kuasa baterinya habis.
Menteri Pertahanan Australia, David Johnston mengakui, usaha mencari
kotak hitam itu hanya mempunyai peluang tipis berikutan serpihan pesawat
perlu dikenal pasti terlebih dahulu bagi mengesan lokasi kemalangan
pesawat tersebut.
"Kami mempunyai kira-kira seminggu sahaja
untuk mengesan kotak hitam pesawat MH370. Malah, ia juga bergantung
kepada suhu, kedalaman dan tekanan laut, berapa lama kuasa baterinya
boleh bertahan," katanya.
Tumpuan siasatan kini masih tertumpu
kepada empat elemen iaitu melibatkan rampasan, sabotaj, masalah peribadi
kru dan penumpang.
Sehingga kini siasatan polis telah selesai
dan polis mendapati semua penumpang pesawat MAS yang hilang "bersih"
daripada elemen rampas, sabotaj dan masalah psikologi dan peribadi.
Namun, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, siasatan
terhadap anak kapal termasuk juruterbang dan pembantu juruterbang masih
dijalankan.
Menurut sumber yang enggan dikenali, arah tuju
pesawat yang menghala ke Lautan Hindi itu sendiri telah jelas
menunjukkan pesawat itu dirampas dan bukan akibat masalah pada pesawat
ataupun dikawal dari jarak jauh.
“Pesawat itu menuju ke Lautan
Hindi iaitu lautan yang amat sunyi dan sudah tentu ia menuju ke suatu
tempat yang tidak diketahui.
“Saya percaya ia melibatkan
rampasan tetapi yang menjadi persoalan ialah siapa dan mengapa pesawat
itu dirampas,” katanya kepada Sinar Harian.
Spekulasi-spekulasi
yang timbul tidak wajar ditolak mentah-mentah kerana sehingga kini
bukti atau petunjuk yang boleh dikaitkan dengan MH370 masih belum ada.
Apa sahaja yang dibangkitkan di internet masih boleh diterima,
sekiranya teori tersebut mempunyai fakta atau hujah sokongan yang
relevan.
Kini, kesemua persoalan berhubung 'di mana MH370'
tertumpu kepada operasi SAR yang diketuai oleh Australia, sama ada
jawapan ini terjawab dalam masa terdekat ataupun tidak, ia bergantung
kepada ketentuan Tuhan, kita manusia hanya mampu merancang sahaja.
Wassalam.......
Tidak ada komentar:
Posting Komentar